SUNGAI MELAKA
Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511 dan selepas itu. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran, petempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.
BECA MELAKA
Cara yang terbaik untuk bersukaria dan menghayati panorama Bandar Melaka dengan berjalan perlahan-lahan sambil duduk berehat menaiki beca.Beca ini akan membawa anda melalui jalan-jalan dan lorong-lorong di pusat bandar bersejarah ini yang selalunya akan tertinggal sekiranya anda mengambil keputusan untuk berjalan sendiri.Beca ini boleh disewa mengikut jam ataupun mengikut jarak perjalanan dan ia berpengkalan di Bangunan Stadthuys.
ISTANA MELAKA
Istana Kesultanan Melaka (replika Istana Kesultanan Melayu Melaka) terletak di kaki Bukit St. Paul. Replika Istana ini dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan senibina Istana Melayu, di zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456 hingga 1477.